Guna app iOS Tuis.my — Ibu Bapa
Panduan bergambar app iPhone untuk ibu bapa: log masuk dengan Kod Pusat, pantau progress anak, semak yuran, muat naik bukti bayaran, dan baca notifikasi.
Log masuk sebagai ibu bapa
Buka app Tuis.my. Masukkan Kod Pusat (6 digit), No Telefon, dan Kata Laluan yang diberikan oleh pusat pendidikan melalui WhatsApp. Tiada e-mel diperlukan.
Progress anak
Tab 'Anak' memaparkan peratusan kehadiran, gred, dan markah anak mengikut subjek dengan bar kemajuan. Jika anda ada lebih daripada seorang anak di pusat, ketik nama di atas untuk tukar antara mereka.

Status yuran
Tab 'Yuran' menunjukkan invois bulan semasa dan sejarah bayaran, lengkap dengan badge status — Sudah Bayar (hijau), Separuh (kuning), atau Tertunggak (merah).

Muat naik bukti bayaran
Skrol ke bawah pada skrin Yuran untuk seksyen 'Muat Naik Bukti Bayaran'. Imbas QR DuitNow untuk membayar, kemudian muat naik gambar resit/slip bank. Admin pusat akan mengesahkan bayaran anda.

Notifikasi
Tab 'Notif' memaparkan semua makluman daripada pusat — peringatan yuran, makluman kehadiran, markah, dan berita kelas. Notifikasi push dihantar automatik ke telefon anda.
